Setelah 10 hari menjalani tempoh kuarantin di rumahnya sendiri, Aeril Zafrael telah pun disahkan bebas Covid-19 pada 30 Januari yang lepas.
Dan semalam (1 Februari), Aeril ada berkongsikan satu video pendek yang mempamerkan Aeril dan isterinya, Wawa Zainal seperti sudah selesai menunaikan solat berjemaah.
“Baru boleh 27 kali ganda pahala”
Video pendek yang dimuat naik di laman Instagramnya itu disertai dengan kapsyen;
“Hari tu solat sorang-sorang je sebab kuarantin, hari ni baru dapat berjemaah. Baru boleh 27 kali ganda pahala kita dapat,” tulisnya.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya seperti memberi reaksi yang menyenangkan terhadap hantarannya itu namun, nampaknya ada juga netizen yang sepertinya tidak berpuas hati.
“Kena show off ke?”
Dalam beribu-ribu komen yang telah dibuat pada hantarannya itu, ada satu yang menarik perhatian.
“Memang nak kena show off ke?” komen seorang netizen.
Bila nampak komen sebegitu, Aeril tidak mendiamkan diri dan memberi balasan yang sarkastik.
“Iyalah. Kalau tak nanti netizen nak membawang apa?”
Dan nampaknya balasan yang diberikan Aeril itu terus membuatkan netizen itu ‘senyap’. Rata-rata pengikut Aeril yang lain turut menyokong balasan pelakon itu dan turut membalas komen netizen tersebut.
Kan dah mendapat, bukan setakat Aeril je yang bagi komen, sekali pengikut-pengikut dia join serang. Apa pun, harapnya lepas ni tak ada lah yang nak bagi komen melulu, tak fikir dulu.