Lan Solo suatu ketika dahulu, amat terkenal dengan lagu hits nya bersama kumpulan Kristal meskipun kini bergerak solo, dia masih lagi kekal relevan dalam industri hiburan.

Di samping kekal aktif sebagai anak seni, dia juga turut membuka sebuah perniagaan. Namun, baru-baru ini ada sesuatu yang tidak diigini telah menimpa perniagaanya.

Kedai Kena Rompak

Lan memaklumkan kedai serbaneka miliknya yang terletak di bandar Puchong, telah dirompak.

Menerusi postingnya di Instagram, Lan memohon orang ramai untuk memberi maklumat dan informasi sekiranya ada melihat insiden tersebut berlaku.

Dia turut memberitahu akan mengambil tindakan dan bakal membuat laporan polis tentang kes ini.

“Minta bantuan warga Puchong. Kedai kami dirompak. Lelaki India ini telah memaksa staff kedai saya serahkan duit sales.

“Jika terjumpa lelaki India ini, tolong dapatkan maklumat diri dan kenderaan yang digunakan.Terima kasih. Report kami menyusul,” tulisnya sebagai caption di IG.

Lan turut memuat naik rakaman CCTV yang dipercayai adalah perompak tersebut.

Respond Netizen

Posting Lan telah menerima pelbagai reaksi daripada warganet yang rata-rata meminta Lan untuk terus membuat laporan polis dan tidak kurang menyifatkan ianya sebagai dugaan mencari rezeki.

“Buat bacaan Yasin 7 mubin ramai-ramai, boleh minta tolong pelajar tahfiz,” ujar seorang warganet.

“Allahu, semoga Allah mempermudahkan urusan korang,” luah seorang wargamaya.

“Geram sedih ada ani, orang punya susah nak cari rezeki, minta-minta dapatlah cari lelaki ni,” kata seorang netizen.

Kedai Lan itu adalah Borneo Mart yang menyediakan pelbagai barang jualan dari Sabah dan Sarawak.

Haihh berat sungguh dugaan buat Lan ni. Semoga penjenayah ni dapat dicekup dengan segera oleh pihak berkuasa.