Ramai yang tahu tentang hubungan Sharifah Sakinah dengan kekasihnya, Michael Hansen yang berasal dari Sweden.

Tapi siapa sangka di sebalik gambar-gambar sweet pasangan dua sejoli tersebut di Instagram (IG), ada pula cerita-cerita yang kurang enak tersebar di laman sosial yang mengatakan Sakinah merampas suami orang.

Dah tahu statusnya

Menerusi laporan BH Online, Sakinah menepis dakwaan-dakwaan tak berasas itu, menjelaskan bahawa dia sudah tahu kekasihnya itu berstatus duda dan mempunyai dua orang cahaya mata.

“Kenapa perlu bersikap bodoh mengenali lelaki yang sudah berkahwin. Saya tahu Hansen pernah berkahwin dan memiliki dua cahaya mata berusia lapan dan lima tahun, sejak awal perkenalan kira-kira empat bulan lalu.

“Saya rapat dengan Hansen selepas tahu statusnya sebagai duda. Dia berpisah dengan bekas isterinya sudah lama ketika bekerja di Singapura, sebelum berpindah ke Malaysia.

“Saya pernah menghubungi bekas pekerja yang tahu kisah sebenar untuk mengetahui kesahihan cerita. Saya nak buktikan saya bukan perampas. Jika ada sesiapa nak tanya bekas pekerja berkenaan pun dipersilakan,” katanya.

Tak adil buat andaian melulu

Malah, Hansen juga tampil untuk mempertahankan kekasihnya itu, mengatakan bahawa Sakinah bukanlah perampas dan perosak rumah tangganya. Malah, dia juga sudah berpisah dengan bekas isterinya sebelum menjalinkan hubungan dengan Sakinah.

“Tidak adil membuat tuduhan melulu terhadap Sakinah tanpa usul periksa. Saya dan bekas isteri sudah lebih setahun berpisah.

“Sakinah bukan punca kami bercerai. Hubungan kami terlerai sudah setahun, sebelum saya bertemu dengan Sakinah. Saya dan bekas isteri sudah lama tidak tinggal sebumbung,” jelasnya.

Rancang kahwin

Dikatakan Hansen kini berada di Sweden untuk menyelesaikan urusannya bersama bekas isteri berkenaan kes penceraian meraka dulu.

Dia turut dikhabarkan sedang menguruskan dokumen pernikahan untuk bersama Sakinah, yang dijangka akan mendirikan rumah tangga pada Mei 2021.

Alahai, netizen ni pun, suka buat cerita bukan-bukan. Apa pun, semoga segala urusan Sakinah dengan kekasihnya dipermudahkan.