Lain daripada yang lain, fesyen Cik B dikecam netizen!

Susah jugak kalau nak berfesyen pun kena minta pandangan netizen.

Baru-baru ini, usahawan kosmetik, Dato’ Seri Vida ada memuat naik gambar anak perempuannya, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin atau lebih dikenali sebagai Cik B yang mendapat perhatian netizen dengan fesyennya.

Fesyen suka hati aku lah

Gambar yang dimuat naik ke laman Instagram Dato’ Seri Vida itu mempamerkan Cik B dalam dress berwarna kuning yang dibutang senget, inner putih di dalam dan bersluar hitam.

Bagi melengkapkan gayanya itu, Cik B juga mengenakan beg berjenama mewah, Chirstian Dior di hadapan.

“Tengok OOTD (outfit of the day) Cik B. Separuh-separuh dah…hip hop + gils + bling dah,” tulis Dato’ Seri Vida sebagai kapsyen.

Cik B juga sempat meninggalkan komen pada entri ibunya itu.

“Yang tak tahu ni fashion apa, ni fashion ‘suka hatiku lah’, “ balas Cik B.

Minta upah stylist

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata memuji keyakinan Cik B untuk bergaya lain daripada yang lain.

Tapi, tak semua boleh terima fesyen Cik B ni apabila ada juga netizen mengkritik gayanya itu. Sampaikan ada yang meminta Dato’ Seri Vida upah stylist untuk Cik B.

Apa pun, Cik B baru umur 15 tahun, bagi lah chance dia nak bergaya macam mana pun, asalkan Cik B bahagia dan selesa.

Share