Sebut sahaja nama Syahmi Sazli sekarang ni, sudah pasti ramai yang mengenali dia.
Syahmi kini semakin menempah nama dalam industri hiburan tanah air selepas kejayaan dia menghasilkan ‘Mael Totey The Movie’.
Filem Dikritik
Biarpun berjaya menghasilkan filem tersebut serta mendapat pujian ramai pihak, namun tidak semua memuji filem yang dihasilkan olehnya.
Filem tersebut telah dilabel tidak mencapai standard oleh Ellie Suriaty namun, Syahmi tampil bersuara dan tidak melatah.
Menurut Gempak, dia langsung tidak terasa hati atau terguris dengan apa yang dikatakan oleh Ellie.
Kata Syahmi kepada Gempak, dia akui filem MTTM menggunakan modal yang agak sedikit dan jenis kamera yang dia guna juga tidak seperti yang dipakai oleh kebanyakan pengarah atau produksi filem yang besar.
“Ada betulnya juga apa diperkatakan. Saya tidak menggunakan kamera yang mahal dan canggih seperti filem lain, sebaliknya itulah yang saya selalu guna untuk kandungan YouTube saya.
“Tak mengapa, ini permulaan, saya akan buktikan dalam karya-karya saya akan datang.
“Saya ambil kata-kata itu secara positif,” katanya kepada Gempak.
Pertahan Filem
Biarpun filem dikritik, menurut Syahmi terdapat beberapa pendirian yang perlu dipertahakan.
“Dari segi teknikal ya saya akui, tapi bila dakwa bentuk karya itu sendiri tak capai standard filem, itu saya tak setuju.
“Bagi saya semua pengarah ada karya kreatif masing-masing. Jadi saya takkan ubah cara saya berkarya.
“Selain itu dakwaan mengatakan jumlah tontonan MTTM dipengaruhi populariti juga perlu dilihat dari sudut yang positif.
“Saya rasa popular itu perlu untuk pembikin filem.
“Kita nak jual filem mestilah kena ada followers, kena tahu siapa audience kita, apa yang mereka minat.
“Business is business,” tambahnya.
Menurut Gempak, Ellie terdahulu telah meluahkan pandangannya terhadap file MTTM menerusi sebuah video YouTube.
Di dalam video tersebut Ellie menjelaskan bahawa industri tidak boleh meletakkan MTTM sebagai benchmark karya kreatif yang sempurna terutama dari segi teknikaliti filem tersebut.
“Kalau kita sebut teknikal kerja sebagai penghasil filem, ia tidak mencapai, namun kerana ia popular dan ada fanclub sendiri, mestilah dia berjaya,” katanya di dalam video tersebut.
Masing-masing ada pendapat sendiri kan, harap Syahmi ambilnya sebagai sesuatu yang positif. Buat Syahmi jangan terus berhenti berkarya, teruskan berkarya untuk peminat anda!
Sumber imej: Gempak