Dalam sebuah video Instagram yang telah dipadamnya, Datuk Aaron Aziz telah memberi amaran keras terhadap satu blog yang telah membuat headline memfitnah dia dan keluarganya.

Profesional

Boleh dilihat profesionalnya pelakon ini, apabila dia juga memadamkan videonya di Instagram setelah blog tersebut telah akui kesalahan mereka dan memadam artikel berunsurkan fitnah itu.

Jelas Aaron, dia juga tidak mahu memanjangkan cerita menerusi video follow upnya di Instagram.

“Lu cantik gua cantik. Itu macam cara gua. Aku tak nak sebut lagi sebab tak nak jatuhkan maruah dan periuk nasi korang. Ambil ni sebagai pelajaran.” Tulisnya di ruangan kapsyen.

Dalam video itu juga, Aaron berterima kasih kepada blogger tersebut kerana memadam artikelnya.

“Terima kasih kerana memadam post bo*** itu.” Ucapnya dalam video itu.

Bidasan Netizen

Walaupon Aaron Aziz tidak mahu lagi mendengar pasal perkara ini, netizen tidak melepaskan peluang untuk mengingati blogger tersebut akan kesilapannya.

Ada juga yang mengatakan bahawa Malik, karakter yang dimainkan oleh Aaron Aziz di filem KL Gangster, sudah kembali.

Blogger tu amatlah bernasib baik kerana Aaron Aziz merupakan seorang yang professional dan tidak mahu menimbulkan sebarang masalah.

Tu lah kan nak cari pembaca pun tak yahlah sampai keluarkan headline yang boleh sebarkan fitnah, kan dah kena marah.