Siapa sahaja yang tidak terkilan apabila pasangan mereka secara diam-diam ada pasangan lain di belakang mereka.
Kecoh sebuah video yang tular di media sosial menunjukkan pertengkaran melibatkan seorang wanita dengan pasangannya.
Dihalang oleh rakan-rakan
Video berdurasi 30 saat itu menunjukkan kekecewaan terhadap pasangan lelakinya yang dikatakan curang dengan wanita tersebut sehingga wanita tersebut berang dan cuba untuk memukul pasangannya.
Walau bagaimanapun, tindakan wanita tersebut dihalang oleh rakan-rakannya walaupun rakan-rakannya tahu betapa sakitnya hati beliau apabila pasangan lelakinya itu bertindak untuk curang di belakangnya.
Curang itu satu pilihan
Ini bukan pertama kali berita seperti ini berlaku dan ramai yang menganggap tindakan curang itu merupakan satu pilihan dan jika seseorang itu setia terhadap pasangannya, dia tidak akan bertindak sedemikian di belakang pasangannya.
Kalau sudah kantoi begini, mesti orang akan persalahkan pihak yang curang dan sudah pasti akan jatuh air muka.
Dalam hubungan, komunikasi merupakan jalan penyelesaian terbaik, namun masing-masing perlulah menjaga batas masing-masing bagi mengekalkan kebahagiaan dalam hubungan tersebut.
Harap wanita tersebut terus bersabar, dan kepada si lelaki, tolong jangan koyak!