Sebut sahaja nama Neelofa, memang hampir seluruh rakyat Malaysia tahu tentang artis yang  cantik dan menghiburkan ini. Dari bidang lakonan sampailah ke bidang perusahaan, memang Neelofa ‘tapau’ semua media.

Baru-baru ini, Neelofa dikatakan berkolaborasi dengan jenama kopi yang diminati ramai, iaitu Starbucks. Tapi Neelofa jual kopi ke?

Marketing yang bijak

Ingatkan keluarkan kopi sendiri dengan bantuan Starbucks, rupa-rupanya Neelofa mempromosikan tudung jenama sendiri iaitu ‘Naelofar’ dengan kerjasama Starbucks. Akan tetapi, hanya tiga warna tudung dikeluarkan.

Sebenarnya, Neelofa dapat idea daripada warna-warna minuman Starbucks iaitu Frappuccino. Tiga minuman tersebut ialah coklat, karamel, dan teh hijau. Oleh itu, tudung-tudung dalam koleksi Starbucks x Naelofar menampilkan warna-warna yang melambangkan setiap minuman tersebut.

Imej dari: Malaysian Foodie

Niat yang baik

Ini merupakan kali kedua Neelofa berkolaborasi dengan Starbucks, kerana sebelum ini mereka pernah mengadakan kempen MY Cups of Kindness yang berlangsung pada tahun lepas. RM0.50 daripada hasil penjualan Frappucino juga diberikan kepada badan amal.

Manakala untuk kempen tudung terbaru Neelofa ini, RM1 daripada setiap pembelian tudung Starbucks x Naelofar juga akan diberikan kepada badan amal. 

Jadi, tak rugi lah jika sesiapa membeli dan menyokong produk keluaran Neelofa ini, kerana dalam setiap pembelian, duit akan disalurkan kepada mereka yang lebih memerlukan.