Nama Sajat cukup dikenali kerana sering dikaitkan dengan kontroversi yang mendatangkan kemarahan ramai pihak.

Namun semalam, sebuah postingnya di Insgtaram (IG) dilimpahi komen netizen yang kelakar dan ‘sarcastic’. Dah kenapa pulak netizen ni?

Ucap Selamat Hari Lelaki

Seperti mana yang diketahui, 19 November merupakan Hari Lelaki Sedunia. Oleh sebab itu, ramai kaum wanita mengungkapkan ucapan tersebut kepada suami serta mereka.

Namun, Sajat juga tidak ketinggalan apabila ucapan itu turut ditujukan kepada dia.

Sajat memuat naik stau video tarian TikTok di laman IG miliknya, posting tersebut dilihat dibanjiri dengan ucapan Selamat Hari Lelaki daripada netizen buatnya.

Tidak Balas Komen

Di dalam video tersebut Sajat tampil dengan dress biru ketat sambil menari di kedai emas miliknya mengikut muzik.

Dia dilihat langsung tidak membalas komen yang dilemparkan netizen kepadanya.

Sajat juga kelihatan tidak melatah dengan komen dan usikan netizen yang ditujukan kepadanya.

Haih macam-macam betul lah ragam netizen ni. Rasa macam kelakar pun ada. Apa-apa pun kita doakan yang baik sahaja buat Sajat!