Meskipun tidak seaktif seperti dahulu, pelakon dan model Natasha Hudson kini lebih kepada menjadi muka atau model produk-produk baru.

Baru-baru ini Natasha telah dikecam oleh netizen ekoran posting IntsaStory di laman Instagram (IG) miliknya.

Gaun Menampakkan Bahu

Natasha mencuri tumpuan netizen apabila memakai gaun putih yang menampakkan bahagian bahu dan betis ketika menghadiri sebuah majlis pelancaran sebuah produk.

Imej yang dia gayakan itu telah menerima kecaman netizen selepas Natasha memuat naik beberapa entri di IG story miliknya.

Ada Kain

Namun, Natasha menjelaskan bahawa pakaian tersebut sebenarnya mempunyai lapisan fabrik mengikut warna kulit.

“Apa yang tak kena dengan baju ni? Ada kain guys, janganlah tertipu dengan warna kain ini, sabar-sabar, ia berlapik,” katanya kepada Gempak.

Dia menjelaskan hal tersebut selepas selesai Majlis Pelancaran Produk Crystal White di Menara Kuala Lumpur semalam.

Baju yang digayakan olehnya itu merupakan rekaan Rizman Ruzaini.

Hanya Mengikut Tema

Dia turut menegaskan busana yang dia gayakan itu hanya mengikut tema yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.

“Kita mengikut tema glamor. Ini bukan pelancaran kedai mamak, ini pelancaran produk. Lagipun, saya bukan selalu bergaya. Mereka dah sediakan semua, jadi saya ikut sahaja,” katanya.

Dia juga enggan mengambil pusing komen negatif yang dilontarkan oleh netizen kepadanya.

“Orang kena matang, mungkin mereka dah lama tak tengok saya bergaya. Ini kerjaya kita. Orang takkan berhenti bercakap walau apa pun kita buat termasuklah pakai niqab ke tak.

“Saya tak kisahlah. Lagipun bukan mereka yang bagi saya makan,” katanya lagi.

sumber imej: Oh Bulan

Yang penting Natasha tahu apa yang dia buat, semoga segala urusan Natasha dipermudahkan!