Setelah menahan kemarahan selama empat tahun, Puteri Sarah akhirnya mendedahkan perangai Ira Kaza yang dikatakan mengganggu rumah tangganya bersama pelakon dan pengarah, Syamsul Yusoff, di laman instagram miliknya.

Hubungan Goyah

Melalui hantaran story di akaunnya, Puteri Sarah turut menceritakan kegoyahan hubungannya bersama Syamsul dengan menyatakan bahawa mereka sudah tidak lagi tinggal sebumbung.

Difahamkan, Ira Kaza sering mengganggu Puteri Sarah melalui akaun palsu dan komen-komen yang menyakitkan hati di akaun sosial media miliknya.

Puteri Sarah terpaksa menyuarakan isu tersebut secara terbuka kerana beranggapan Ira Kaza sudah keterlaluan kerana melibatkan anak-anak Puteri Sarah, di samping mengugut Syamsul yang baru berbaik dengan Puteri Sarah.

“Tapi kali ini rasanya you sudah keterlaluan, siap cakap pasal anak-anak I. You tu orang luar tak perlu masuk campur,

What happened right now you and the rest of the world cuma tahu surface sahaja”, ujarnya di hantaran storynya sebagai tanda amaran kepada Ira Kaza.

Dah ada teman lelaki?!

Menerusi perkongsian hantarannya yang lain, pelakon tersebut turut mempersoalkan kesungguhan Ira Kaza dalam cubaan menghancurkan rumah tangga beliau walaupun sudah mempunyai teman lelaki.

“Also, baru-baru ni pun you ada boyfriend kan? Mana pergi boyfriend-boyfriend you? Kenapa nak kacau suami orang lagi? Memang takde maruah ke hadap suami orang?”, tambah Puteri Sarah, menunjukkan kemarahannya.

Sempat Puteri Sarah menasihati wanita itu supaya menjadi matang dan bekerja, agar berhenti mengambil jalan mudah dan meminta duit daripada suami orang.

Pelakon itu turut mendoakan supaya Ira Kaza dan suaminya supaya mendapat hidayah, lebih-lebih lagi di bulan yang mulia ini dan menyuruh Ira Kaza untuk berhati-hati kerana percaya bahawa Tuhan akan memakbulkan doa orang yang teraniaya.