Baru-baru ini kecoh apabila lagu hasil karya Naim Daniel gagal layak ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu (AJL) dan isu tersebut masih hangat diperkatakan sehingga kini.

Hari ini, nama Naim sekali lagi diseru dan sesuatu yang tak diingini telah menimpa dirinya.

Dalam perjalanan pergi kerja

Naim berdepan sitausi cemas apabila terlibat dalam kemalangan jalan raya di Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) kira-kira pukul 12 tengah hari, Khamis.

Kereta jenis Ford Ranger pacuan empat roda yang dipandu oleh Naim terbabas dan melanggar pembahagi jalan ketika dalam perjalanan ke Sri Pentas bagi rakaman sebuah program hiburan.

“Naim dan kakak dalam perjalanan nak pergi kerja untuk rakaman di Sri Pentas, tiba-tiba terlanggar divider dan keadaan agak cemas.

“Alhamdulillah saya dan kakak tak apa-apa, cuma rahang rasa terkehel sikit, nak bercakap pun agak sukar sementara menunggu kereta kena towing,” katanya.

Mengelak kereta

Menurut Naim, situasi menjadi semakin cemas apabila dia cuba mengelak kereta dari arah belakang hingga menyebabkan dia hilang kawalan.

Naim dan kakaknya tidak mengalami sebarang kecederan serius tetapi kereta miliknya itu mengalami kerosakan di bahagian depan.

Pelantun lagu Purnama ini berkata, dia dapat meneruskan rakaman berikutan mahu menyelesaikan urusan  kemalangan tersebut.

Nampak macam teruk je accident tu. Semoga Naim cepat sembuh dan boleh bekerja seperti biasa kembali. Get well soon Naim!