Usahawan kosmetik Nur Sajat sering kali menjadi tumpuan netizen ekoran perwatakan serta posting-positng di media sosial miliknya.

Kembali Berlakon?

Menurut Media Hiburan, Sajat memberitahu yang dia kini sudah bersedia untuk kembali serius dalam bidang lakonan.

Sajat juga pernah terlibat dalam bidang nyanyian menerusi lagu Bobo Di Mana dan Penggoda.

“Ya, kalau boleh saya memang nak berlakon balik. Mungkin ramai yang tidak tahu, sebelum ini saya pernah terbabit dlam filem berjudul Ophilia yang turut menampilkan Pekin Ibrahim dan Que Haidar sebagai pelakon utamanya.

“Pengalaman tersebut menjadi antara kenangan manis, cuma pada ketika itu saya agak sibuk dengan komitmen lain termasuk perniagaan yang baru saja berjalan.

“Jadi selepas lebih enam tahun rasanya ini masa yang sesuai untuk saya kembali ke lokasi penggambaran.

“Kalau boleh, mungkin selepas ini nak cuba watak komedi pula. Tidak mahulah terlalu memilih pula.

“Yang penting kalau ada tawaran sesuai, sudah pasti saya akan lakukan yang terbaik. Siapa tahu boleh meletop nanti kan?” katanya kepada Media Hiburan.

Cawangan Terbaru

Dalam perkembangan terbarunya, Sajat dikhabarkan menyambut baik penerimaan pembeli terhadap cawangan baru kedai emasnya, Nursajat Gold yang terletak di Dataran Sunway, Petaling Jaya Selangor.

“Meski cawangan di Shah Alam sudah pun bertukar ke sini, namun sambutan yang diterima masih lagi baik.

“Tidak dinafikan, situasi semasa menyebabkan banyak peniaga terkesan termasuk saya.

“Namun syukur setakat ini sambutan yang diterima masih baik dan saya berharap momentum ini akan terus positif, insya-Allah,” katanya lagi.

Wahhh nak jadi pelakon komedi pulak ya Sajat sekarang. Apa-apa pun, all the best buat Sajat.