Diam-diam ubi berisi – siapa sangka ahli kumpulan K-pop popular, RM daripada BTS, menyambut hari jadinya dengan cara yang sangat bermakna.
Menderma lebih RM 3 Juta
Memetik laporan Soompi, RM telah menderma sebanyak lebih RM 3 Juta kepada National Museum of Modern and Contemporary Art (MMCA) sempena hari jadinya yang ke-26 pada 12 September.
Hasil sumbangannya akan digunakan untuk mencetak semula buku-buku berkaitan dengan seni yang susah untuk didapati dan telah berhenti percetakan.
Dihantar ke 400 tempat
Beberapa buku tersebut juga akan dihantar ke sekolah-sekolah rendah, menengah dan sekolah menengah tinggi di 400 kawasan seluruh negara.
Buku-buku yang telah dicetak semula juga boleh dibeli di kedai buku muzium tersebut.
Berharap dapat memahami dan mendalami
Pengarah MMCA, Yoon Bum Mo berkata bahawa RM meluahkan hasratnya untuk memberi sokongan kepada industri seni, yang mana dia sendiri telah menjumpai inspirasi dan ketenangan.
RM juga berharap agar anak-anak muda dapat memahami dan mendalami seni melalui sumbangannya itu.
Wah! Bagus betul RM ni, berkongsi rezeki dan kegembiraan dengan orang lain.