Payah betul jadi selebriti ni, ada je benda yang sesetengah netizen tak puas hati.
Video yang dimuat naik oleh cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob dipertikaikan oleh seorang netizen, mendakwa bahawa Fazley lebih sayangkan anak-anak daripada isteri.
Patut dukung isteri sekali
Menerusi laman Instagramnya, Fazley ada memuat naik satu video yang mempamerkan dirinya menyambut kepulangan anak-anaknya dari sekolah.
Dapat dilihat Fazley memeluk dan mendukung anak-anaknya dengan penuh kasih namun, ada pula seorang netizen ‘menangkap’ kesalahannya.
“Patut isteri dukung sekali. Ambil anak-anak je isteri tinggal belakang. Inilah nasib isteri bila suami dah ada anak. Sambut anak je, isteri tinggal belakang,” tulis netizen tersebut di ruangan komen.
Malam ni abang dukung adik!
Daripada melenting, Fazley membalas komen tersebut dengan menjelaskan bahawa dia tidak terasa hati dengan teguran itu malah hanya bersangka baik saja.
“Kadang-kadang bila berhadapan dengan followers, macam-macam pendapat yang mereka beri. Saya tak pernah berkecil hati. Yang kita buat betul pun akan salah di mata sesetengah orang, apatah lagi kalau ada kesilapan berlaku.
“Apa-apa pun prinsip saya, “Biarlah kita bersangka baik sentiasa dengan semua orang” walaupun ianya bakal menyakitkan hati kita semula,” tulisnya.
Fazley juga sempat berseloroh, mengatakan bahawa dia akan meminta anak-anak mengambil gambar dirinya mendukung isterinya itu.
“Adik Sayang @azrene_ahmad standby ok! Malam ni abang dukung adik pastu mintak anak-anak snapkan gambar ok?” katanya dengan berseloroh.
Macam-macam netizen ni. Takkan semua benda nak kena tunjukkan.