Dalam keadaan pandemik Covid-19 yang masih lagi belum kelihatan akan berakhir dalam waktu terdekat ini, banyak rancangan dan pelan terpaksa ditangguh atau pun diubah untuk kebaikan semua.

Samalah seperti ‘dream wedding’ yang dianggan-angankan oleh Neelofa, yang terpaksa dikorbankan kerana pandemik ini.

Bye bye dream wedding

Usahawan terkenal Neelofa, yang sebelum ini telah menggemparkan industri hiburan apabila dilaporkan dirisik oleh PU Riz pada 1 November lalu, meluahkan bahawa majlis perkahwinan idamannya terpaksa dilupakan.

Menerusi laporan Gempak, selepas berbincang dengan perancang perkahwinannya, Neelofa mendapat banyak perkara yang tidak boleh ditunaikan.

“Semua pasangan ada dream wedding. Saya percaya ramai terpaksa korbankan hal ini sebab situasi sekarang sangat tidak mengizinkan.

“Saya sendiri sudah berbincang juga dengan perancang perkahwinan. Disebabkan pandemik dan kes yang masih tidak surut-surut, banyak perkara yang terpaksa dikorbankan.

‘InsyaAllah, kita buat apa yang boleh sahaja. Secara amnya, semua dream wedding pasangan bakal suami isteri hancur sebab memang tak boleh buat apa kerana Covid-19,” ujarnya.

Sesuai atau tidak

Neelofa turut berkongsikan bahawa sehingga kini, dia belum lagi mendapat kepastian sama ada sesuai untuk diadakan majlis atau tidak, susulan khabar angin mengatakan perkahwinannya mungkin akan dipercepatkan.

“Dengan keadaan sekarang, banyak perkara yang terhad. Saya sendiri cuba mendapatkan kepastian dengan menghubungi beberapa pihak sama ada sesuai atau tidak untuk mengadakan majlis.

“Banyak perkara yang masih belum jelas. Saya akan kongsi, jangan risau,” jelasnya.

Betul tu, ramai pasangan terpaksa lupakan perkahwinan impian masing-masing sebab pandemik ni tapi tak apalah, untuk kebaikan semua juga.