Selalu tweet membela nasib wanita, rupanya Haikal Idris pernah lakukan gangguan seksual?!

Baru-baru ni, ada satu nama seorang lelaki yang trending di Twitter – Haikal Idris. Bagi mereka yang tak tahu, Haikal Idris ni boleh dikatakan seorang tweetfamous disebabkan tweet-tweetnya yang sensible, di samping membuat video yang menarik dan berpengetahuan.


Tetapi nampaknya, Haikal Idris ni telah dicancel oleh warga-warga Twitter disebabkan perbuatan lampaunya yang kini terdedah.

Haikal Idris’s Exposed Party

Semuanya bermula apabila satu quote tweet yang ditulis oleh @natashasharonl, Natasha pada 6 Jun yang lalu.

Imej dari: Twitter @natashasharonl

Di tweet tersebut, Natasha mengatakan bahawa dia telah diganggu secara seksual atau sexually assaulted oleh Haikal Idris pada tahun 2018.
Beberapa jam kemudian, Haikal Idris membalas tweet Natasha, menjelaskan kisah di sebalik tweet tersebut.

Imej dari Twitter haikalclassic

Tetapi nampaknya, penjelasan Haikal Idris itu mengeruhkan lagi keadaan apabila Natasha pula menceritakan perkara sebenar yang berlaku dan bukanlah apa yang diceritakan oleh Haikal.

Ada lagi mangsa Haikal Idris?!

Imej dari Twitter natashasharonl

Ingatkan mangsa Haikal Idris ni Natasha seorang saja tetapi rupanya ada lagi.

Selepas tweet Natasha menjadi tular, beberapa mangsa Haikal Idris telah tampil untuk mendedahkan perangai sebenar lelaki yang dikatakan pembela nasib wanita itu.


Malangnya, tweet mangsa kedua tidak dapat lagi dilihat oleh umum. Tetapi seorang warga Twitter sempat screenshot tweet wanita tersebut.

Imej dari: Twitter @yingnawa

Haikal lagi sekali tampil untuk memberi penjelasan mengenai tuduhan kedua itu dan mempertahankan dirinya bahawa apa yang diceritakan oleh mangsa kedua itu tidak benar sama sekali.

Tetapi nampaknya penjelasan Haikal ni tak berjaya untuk kembalikan kepercayaan warga-warga Twitter.

Imej dari Twitter haikalclassic

Hipokrit!

Ramai yang berasa kecewa dengan perbuatan Haikal Idris yang bagi mereka kelihatan sangat hipokrit.

Sudahlah sebelum ni, Haikal boleh dikatakan sebagai pembela nasib wanita kerana mempertahankan mangsa-mangsa yang pernah diganggu secara seksual. Dia juga menyokong #MeToo Movement, iaitu satu pergerakan yang menyokong wanita untuk menyuarakan kisah mereka yang pernah diganggu secara seksual.

Salah seorang rakan Haikal, Syafiqah Othman, yang dikenali ramai warga Twitter sebagai seorang feminist yang membela nasib wanita, berasa kecewa dengan perbuatan Haikal dan sekali gus, unfollow Haikal Idris, menandakan bahawa Syafiqah langsung tidak menyokong perbuatan Haikal.

Selalu kita dengar, the sins you mock tomorrow will be the sins you commit today tapi dari kes Haikal Idris ni dah macam the sins you mock today were the sins you commited in the past pulak. Tak pasal-pasal kisah lama terbongkar.

Share