Kembali lagi dalam rancangan ‘Vivy Yusof dah ciplak idea orang ke belum tu?’

Mungkin kelakar, tapi inilah realiti yang sedang hangat diperkata sekarang. 

Syaza Yunos, seorang pelukis ilutrasi merangkap usahawan kecil melancarkan produk hasil inspirasi kuih tradisional yang diberi nama Warong berharga serendah RM5. Namun ia didakwa telah diciplak dUCK Scarves dan dijual dengan harga setinggi RM500!

Imej dari: Twitter Syaza Yunos

Syaza hubungi Vivy, tapi tidak dilayan

Yang sedihnya, apabila Syaza cuba hubungi Vivy untuk berbincang secara peribadi tentang isu ciplak ini tiga tahun lalu, beliau tidak menerima apa-apa balasan daripada Vivy. Namun apabila ciapan beliau di laman Twitter mendapat perhatian daripada netizen, Vivy bertindak menghantar peguamnya untuk berurusan dengan Syaza.

Cerita Syaza, peguam Vivy menghantar surat menuntut beliau membayar sejumlah wang yang banyak sebagai ganti rugi kepada Vivy berserta permohonan maaf untuk mengelakkan daripada disaman. Tapi Syaza menolak permintaan tersebut, memandangkan jumlah wang yang diminta tidak masuk akal dan usahawan kecil sepertinya yang hanya cuba mempertahan titik peluh sendiri tidak akan mampu membayarnya.

Netizen? Sudah tentulah berpihak kepada Syaza. Dan sekali lagi mereka menegaskan bahawa semua rakyat Malaysia perlu memboikot produk Fashion Valet.

Cleopatra bersuara bagi pihak Syaza

Cleopatra yang sebelum ini dihimpit kontroversi kiri dan kanan bertindak untuk bersuara bagi pihak Syaza di akaun Twitter miliknya. Menurutnya, rasa hormatnya terhadap Vivy sudah pun pudar sejak isu ciplak antara Vivy dan jenama-jenama kecil semakin menjadi-jadi.

“I suggest you the best time for you to sue is when one of your Chanel bag is at risk that you have to sell it.”

Wah, boleh tahan pedas juga komen daripada Cleopatra ni!

Buat Vivy, mungkin boleh berhenti untuk cuba tegakkan benang yang basah? Sebab kalau betul benang tu tak basah, mungkin kebenaran akan tegakkan benang itu sendiri nanti.