Sayu dan sedih hati pelakon, Nabila Huda apabila mengetahui dia mengalami keguguran buat kali kedua.

Berita duka itu dikongsikan menerusi laman Instagramnya semalam.

Kali kedua

Nabila mendedahkan bahawa dia sangat kecewa apabila mengetahui bahawa dia mengalami pendarahan (bleeding).

“Saya rasa kalian perlu tahu apa yang berlaku pada saya sejak dua hari lepas. Saya keguguran lagi buat kali kedua.

“Masa pertama kali tahu saya bleeding, saya sangat down. Semalam (kelmarin) saya cuba untuk memulihkan semula perasaan itu,” jelasnya.

Tak ada rezeki

Nabila juga meluahkan keinginannya yang mahukan anak.

“Sejujurnya, saya nak sangat ada anak. Terlalu nak sangat. Keinginan untuk ada anak tu nak sangat.

“Apabila doktor sahkan saya hamil, saya sangat teruja tapi pada masa sama paranoid. Saya risau tiba-tiba ‘dia’ tiada atau ‘dia’ jatuh atau ‘dia’ tak ada kat dalam tu (rahim). Tapi saya percaya tak ada rezeki lagi.

“Saya cuma kasihan pada suami saya. Lama dia tunggu. Kenapa susah sangat? Bila kita nak sangat, teringin sangat….

“Tapi kita kena ‘move on‘, saya okay. Jangan risau, saya cuma duduk di rumah dan berfikir. Seharian saya rasa sakit,” tambahnya.

Nabila Huda dan suaminya, Mohd Izwan telah mendirikan rumah tangga sejak Disember 2015 dan pernah keguguran pada April tahun lalu.

Nabila dikurniakan seorang anak perempuan, Keisha Laila,10 tahun, menerusi perkahwinan pertamanya.

Be strong, Nabila Huda! Semoga cepat sembuh dan semuanya baik-baik sahaja.