Rasanya ramai dah tahu kontroversi rumah tangga Shuk Sahar dan isterinya, Ros Sera dulu disebabkan oleh kedatangan orang ketiga.

Tapi dikatakan pasangan itu telah pun berbaik semula selepas kedatangan mengejut penyampai radio Hot FM itu ketika isterinya sedang membuat live Instagram.

Gimik semata?

Live yang dibuat oleh Sera pada malam Isnin (8 Februari) lalu untuk melancarkan produk kecantikannya itu, menerima kedatangan mengejut dari Shuk yang telah menghantar rombongan ‘meminang’ isterinya sekali lagi.

Melalui video tersebut, Shuk turut kelihatan mengambil kesempatan memujuk isterinya agar kembali berbaik semula.

Walaubagaimanapun, rata-rata netizen yang menonton live Sera itu merasakan ia adalah gimik semata. Ada juga yang mengatakan bahawa Sera kelihatan tidak selesa dengan kedatangan mengejut Shuk itu.

Tak ada cara lain

Namun, menerusi laporan Gempak, Shuk berkata dia mempunyai sebabnya yang tersendiri untuk menghantar rombongan meminang pada hari pelancaran produk isterinya.

Tambahnya, walaupun ada yang mengatakan Sera kelihatan tidak selesa, dia tidak ada cara lain untuk bertemu dengan isterinya itu dan merasakan malam tersebut adalah malam yang sesuai.

“Saya tahu ramai yang tuduh kontroversi baru-baru ini gimik sebab saya muncul dalam live Sera, masa dia tengah lancar produk pula tu.

“Terpulanglah nak cakap apa pun. Saya ada sebab kenapa pilih hari ini untuk ‘pinang’ Sera sekali lagi. Saya dapat tahu dia akan lancar produk hari ini dan saya rancang dengan sahabat saya untuk muncul dalam live tersebut.

“Biarpun ada yang kata Sera nampak tidak selesa dan sebagainya, tapi saya tak ada cara lain nak bertemu Sera, saya berasakan malam ini adalah malam yang sesuai,” katanya.

Dah tinggal serumah

Shuk juga mendedahkan bahawa mereka sudah kembali tinggal sebumbung di Puncak Alam, Selangor.

“Sebelum ini saya balik kampung melawat mak ayah saya di Pulau Pinang dan malam semalam (8 Februari), saya betul-betul pujuk Sera dan jelaskan semua benda pada dia.

“Kalau kita berani buat salah, kita jangan takut mengaku kesalahan dan cari penyelesaiannya.

“Sekarang saya akan buat apa sahaja yang terbaik sebagai seorang suami dan bapa kepada anak-anak saya,” jelasnya menerusi mStar.

Harapnya betul lah dah selesai semua masalah. Apa pun, doa yang baik-baik je untuk pasangan ni!