Vivy Yusof – satu nama yang memang sudah tidak asing lagi dalam dunia fesyen. Tapi bila sudah terkenal, sudah tentulah beliau tidak boleh lari dari cerita-cerita yang tidak sedap didengar.
Dari awal Vivy mula mencipta nama dengan tertubuhnya Fashion Valet dan tudung mewah berjenama dUCk yang mempunyai pengikut-pengikut setia tidak kiralah setinggi mana pun harga yang dijual, ada-ada saja kontroversi yang terpalit.
Vivy Yusof tidak boleh lari dari cerita-cerita ‘panas’
Dari isu teruk dihentam sebab menggantikan pinggan dengan lampin pakai buang di sebuah majlis baby shower, ke isu ‘fake telekung’ di mana mengikut kenyataan Vivy yang mengundang kecaman ramai, iaitu para wanita tidak sepatutnya menggunakan telekung berjenama palsu untuk beribadah, sehingga ke isu petisyen mendesak Vivy meletak jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah UiTM, nampaknya masih ada rasa tidak puas hati dalam kalangan netizen terhadap Vivy.
Memang marah sungguh netizen dengan Vivy Yusof. Mungkin disebabkan amarah yang terbuku inilah, apabila timbul satu isu baru mengaitkan Vivy, cepat saja masing-masing memasang ‘peluru’ untuk terus ‘menembak’.
Ciplak rekabentuk tudung?
Sebenarnya, ini bukan kali pertama Vivy dan teamnya dituduh menciplak rekabentuk tudung jenama-jenama kecil. Jadi bila benda ni berlaku lagi untuk entah kali ke berapa, tentulah netizen cepat saja berpihak kepada yang satu lagi, iaitu Nia Atasha yang sudah melancarkan produknya SleepyLllama hasil kolaborasi dengan jenama Soonaru dua tahun lepas.
Kata Nia lagi, bukan cuma rekabentuk, tapi juga cara pembungkusan sehinggalah koleksi gambar-gambar promosi, semuanya hampir sama!
Vivy pula, sudah tentulah menafikan tuduhan itu. Jelasnya, perbincangan untuk menghasilkan koleksi rekabentuk terbaru ini sudah pun berjalan sejak dua tahun yang lalu. Tapi kalau ikutkan penjelasan Nia, produk beliau pun sudah dilancarkan dua tahun lalu, dan perbincangan dibuat beberapa bulan sebelum Vivy.
Nukilan Nia di Instagram miliknya nyata menyentuh hati ramai netizen,
“You and your team’s heart breaks a little? IMAGINE MINE! A very small business/ independent team who are BROKEN TO THE CORE. Because we KNOW we could never win against you and the power you have. Because we all small timers who are helpless.”
Tapi kata orang, Vivy Yusof ni tak kiralah berapa kali pun orang cancel, nama dia tetap akan naik balik. Nanti dia buat video ‘acah-acah’ menangis sambil minta maaf, bagi promo code dekat pengikut-pengikut setia dia, lama-lama orang lupalah kesalahan apa dia buat.
Sejauh mana marahnya netizen dengan Vivy ni? Sama-samalah kita tunggu.