Pelakon Mira Filzah yang telah mendirikan rumah tangga bersama Wan Emir Astar pada 3 September 2020, sering kali menjadi perhatian netizen sejak mereka disatukan, tambah pula mereka mempunyai saluran Youtube yang mempamerkan sedikit sebanyak kehidupan mereka bersama.

Namun, gambar yang dimuat naik menerusi Instagram Mira Filzah pada 8 Februari lalu telah menjadi tumpuan apabila beberapa netizen perasan ada ‘sesuatu’ yang berubah.

Baby bump?!

Mira Filzah yang kelihatan ayu berpakaian berwarna biru dengan senyum manis dalam gambar tersebut adalah antara sebab gambar itu menjadi perhatian namun pemerhatian tajam seorang pengguna ini telah mendapat tumpuan ramai.

Baby girl bump! It’s a girl!” tulis wargamaya itu di ruangan komen.

Malah, bukan pengguna itu seorang saja, ada beberapa lagi yang turut memberi komen yang serupa.

Buncit lah!

 Walaubagaimanapun, komen tersebut tidak dibiarkan oleh Mira apabila dia memberi balasan kepada pengguna itu.

“Aaahh buncit lahh,” tulisnya ringkas.

Hmm, betul ke buncit tu? Apa pun, doa yang baik-baik je untuk Mira dan suami, mana lah tahu, ada rezekikan.