Perbuatan seorang selebriti tanah air ini membuat segelintir rakyat Malaysia malu apabila dia memberi komen yang bagi rata-rata netizen tidak patut dan berunsur seksual.

Ingat kelakar ke?

Baru-baru ini, salah seorang ahli Blackpink, Jennie ada memuat naik sekeping gambar di laman Instagramnya.

Rata-rata peminatnya memuji kecantikkan ahli kumpulan popular itu tetapi komen yang dianggap ‘kelakar’ daripada Zizan Razak ini sepertinya mendapat kecaman daripada para peminat Jennie dan juga segelintir netizen.

Dari: Cari

Artis negara lain boleh je bagi komen elok

Malah, berdasarkan screenshot daripada Cari ini, jelas menunjukkan bahawa artis dari negara lain memberi komen yang baik berbanding komen Zizan yang seperti memalukan nama Malaysia.

Imej dari: Cari

Dan nampaknya, Zizan sudah pun memadam komen tersebut apabila komennya tidak lagi kelihatan di post Jennie.

Aduh Zizan, kan dah kena. Harapnya dapatlah belajar daripada kesilapan.