Sejak akhir-akhir ni nama Mira Filzah kerap kali disebut oleh netizen terutama di sosial media selepas dia mendirikan rumah tangga.
Selepas berkahwin, rata-rata netizen memuji pasangan itu kelihatan sangat serasi dan sepadan sehingga ada yang suruh mereka buka akaun YouTube untuk melihat gelagat mereka.
Buka akaun YouTube
Pasangan merpati dua sejoli itu akhirnya memenuhi permintaan peminat yang menginginkan mereka membuka akaun YouTube.
Nama #EmirAmirah telah dipilih oleh mereka berdua sebagai nama akaun tersebut di mana ianya akan menjadi platform kepada peminat yang ingin menonton gelagat Mira and Emir.
“Assalamualaikum dan hai semua, video pertama kami bersama. Kami buat keputusan membuat video ini kerana banyak permintaan untuk kami ada saluran Youtube bersama.
“Tapi untuk makluman bahawa video seperti ini tidak selalu kerana kami masih baru dalam hal ini.
“Kami juga mengalu-alukan cadangan anda untuk video seterusnya,” kata mereka menerusi video di YouTube tersebut.
Video pertama
Video pertama mereka di YouTube ialah mereka melakukan cabaran ‘Knowing Each Other Challenge’ dan video tersebut berdurasi hampir 10 minit.
Menurut Gempak, antara soalan yang diajukan di dalam video tersebut ialah masakan pertama yang dimasak Mira, subjek kegemaran Emir, warna pakaian yang dipakai Mira ketika kali pertama mereka berjumpa dan waktu mereka dilahirkan.
Rata-rata perminat gembira melihat keserasian pasangan ini meskipun ianya video pertama mereka.
Video yang dimuat naik pada 25 Oktober lalu telah mendapat lebih 490,000 tontonan dan hampir 700 komen.
Haihh cute betul si Mira ni dengan suami, sampai buka akaun YouTube untuk memenuhi permintaan peminat mereka. Semoga hubungan mereka berdua ni sentiasa berada di bawah lindungan dan rahmat Allah SWT.