Isu body shaming merupakan isu yang berterusan dan sering menjadi bahan bualan pengguna media sosial.

Dalam satu rancangan bual bicara di TV3 iaitu Malaysia Hari Ini (MHI), tiga orang tetamu dijemput bagi memberikan pendapat mereka mengenai isu ini. Tetamu yang dijemput ialah seorang jejaka sado, Shazwan Zafran, model albino, Azfar Firdaus dan juga seorang selebriti terkenal Zulin Aziz yang mana ketiga-tiga mereka pernah menjadi mangsa kepada isu ini.

Imej dari: mStar

Tegur tidak kena waktu

Keadaan menjadi tegang apabila Azfar merujuk kepada Shazwan yang pernah melakukan body shaming ini kepadanya dalam satu ciapan di Twitter yang mengaitkan dirinya dengan golongan albino yang dikerat untuk ritual sihir.

Bagi Azfar, ciapan itu berunsur ancaman kepadanya dan Shazwan pula menganggap apa yang cuba disampaikan oleh Azfar bersikap tidak professional semasa rancangan itu bersiaran langsung.

Buang yang keruh, ambil yang jernih

Perkara ini kemudiannya dilanjutkan di mana kedua-dua mereka cuba untuk memberikan penjelasan  di laman Twitter masing-masing.

Selepas konfrontasi itu berlanjutan, mereka akhirnya membuat permohonan maaf secara terbuka dan masing-masing menyambut baik penjelasan yang diberikan.