Dekat Malaysia ni, biasa ramai yang tergilakan artis atau penyanyi yang berkacukan. Kalau cerita tentang Mark Adam, penyanyo yang berasal dari Filipina ini memang mempunyai peminat yang ramai.

Biasalah, pekerjaan sebagai artis atau penghibur ni memang akan dipenuhi dengan kontroversi, sama ada sengaja atau tidak sengaja dilakukan. Tetapi, kalau berkait dengan memalukan badan, siap sedialah untuk terima kecaman yang padu.

Kenapa Mark dikecam teruk sangat?

Mark Adam walaupun berniat untuk bergurau, telah menghina Sherry Alhadad, yang badannya lebih besar daripada orang biasa. Benda ni berlaku masa siaran langsung konsert ‘The Big Stage’, nasib baik ada hos lain yang backup Sherry tu.

Penyanyi Filipina ini berkata “even the host is big” yang bermaksud badan Sherry juga agak besar, Confirmlah si Sherry terasa kan. Sejak insiden ni berlaku, rakyat Malaysia mengecam Mark Adam habis-habisan di media sosial.

Baru nak menyesal

Lepas dah syok buat lawak yang tak seberapa, Mark pun tampil memohon maaf di media sosial dan katanya amat kesal dengan perbuatan tersebut. Mark juga cakap yang dia biasa bergurau macam itu dan anggap bahawa Sherry akan terima ‘lawak’ dia dengan terbuka.

Betullah orang kata, yang famous dan handsome ni belum tentu pandai dan beradab. Sebagai artis, kenalah beradab ketika bersenda walaupun dah lama kenal dengan artis lain, lagi-lagi masa siaran langsung.