Percintaan antara dua individu merupakan perkara yang biasa dalam hidup. Namun, jika percintaan ini melibatkan anak ahli parlimen dan juga seorang artis tempatan yang terkenal, sudah pasti akan menjadi buah mulut rakyat.

Anak ahli parlimen Kuala Kangsar iaitu YB Datin Mastura Mohd Yazid, Wan Emir, dikhabarkan telah terpaut hati dengan pelakon jelita Mira Filzah. Pasangan ini sejak awal tahun lagi telah menjadi topik utama kerana mencetuskan pelbagai spekulasi.

Hangat bercinta

Kebiasaannya artis akan bercinta dengan artis, tetapi dalam kes ini Wan Emir yang merupakan seorang arkitek dan memiliki firma tersendiri setakat ini telah berjaya memikat hati Mira Filzah.

Pasangan ini menjadi tanda tanya sejak gambar mereka tular di media sosial, di mana mereka berdua telah menghadiri sebuah majlis resepsi bersama dan tidak menyembunyikan apa-apa daripada pandangan orang awam.

Imej dari: OhBulan

Belum sampai masanya

Walaupun belum ada apa-apa kesahihan, kedua-dua individu sudah pasti sedang hangat bercinta berdasarkan ‘bukti yang’ ada cuma belum bersedia untuk melangkah ke peringkat seterusnya. Buat masa ini, Wan Emir dan Mira Filzah hanya membiarkan netizen membuat andaian sendiri tentang status mereka.

Diharapkan netizen tidak membuat tuduhan melulu dan cerita yang bukan-bukan tanpa mendapat kesahihan sebenar. Doa-doakan sahaja supaya kuat jodoh antara pasangan muda ini.