Bagi yang telah menonton filem blockbuster ‘Crazy Rich Asians’, pasti mengenali pelakon lelaki utama filem tersebut, Henry Golding yang juga adalah jejaka kelahiran Sarawak, Malaysia.

Filem tersebut telah berjaya melonjak populariti Henry Golding yang membuatkan dirinya menerima pelbagai jenis watak untuk filem-filem antarabangsa.  

Namun, selepas tularnya trailer untuk filem terbaharunya ‘Monsoon’, rata-rata peminat Henry seperti terkejut dengan wataknya dalam filem itu.

Watak homoseksual

Menerusi trailer yang telah viral di Youtube, Henry dapat dilihat melakukan beberapa adegan panas seperti bercium dengan seorang pelakon lelaki filem tersebut, Parker Sawyers.

Kebanyakan peminat seperti tidak sangka Henry akan mengambil risiko untuk melakonkan watak lelaki homoseksual dan melakukan adegan sensual sesama lelaki.

Sebab terima

Namun, menerusi laporan Attitude UK, Henry menjelaskan sebabnya dia mengambil watak gay tersebut adalah kerana perjalanan kehidupan yang dihadapi oleh watak ini.

“Saya menerima peranan tersebut adalah kerana perjalanan yang dilambangkan oleh watak ini. Ia bukanlah perjalanan ke arah menerima kelainannya tetapi perjalanan ke arah kehidupan yang akan menjadi sejarahnya,” jelas Henry kepada Attitude UK.

Tidak kekok

Mengulas mengenai dirinya yang berjaya membawa watak lelaki homseksual itu, Henry berkata dia tidak kekok membawa watak tersebut.

“Saya pernah menjadi penggaya rambut jadi, persekitaran bersama lelaki homoseksual tidak kekok bagi saya. Saya faham dan menghormati mereka,” ujar Henry.

‘Monsoon’ adalah filem arahan Hong Khaou yang mengisahkan kehidupan Kit (Henry) yang kembali ke negara asalnya, Vietnam untuk mencari asal-usulnya.

Filem ‘Monsoon’ pertama kali ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Karlovy Vary pada Jun tahun lalu dan mula ditayangkan di United Kingdom sejak 25 September.

Filem ini juga telah mencetuskan pelbagai pandangan daripada umum di samping mendapat rating yang membanggakan.

Apa pun, semoga Henry Golding berjaya di masa hadapan!