Nampaknya status Mira Filzah akan bertukar apabila dia mengesahkan bahawa dia bersama dengan jejaka pilihannya, Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar akan bernikah pada malam ini.

Memetik laporan Berita Harian, pernikahan pelakon wanita itu akan berlangsung di sebuah pusat konvensyen di Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Tarikh Dipercepatkan

Tarikh pernikahan yang pada awalnya ditetapkan pada bulan Oktober dipercepatkan berikutan kakak sulungnya yang menetap di New York, pulang ke tanah air untuk majlis resepsi adik bongsu mereka.

“Tetapi disebabkan kakak tidak boleh berulang alik dengan kerap kerana terpaksa menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari, jadi saya terpaksa mempercepatkan tarikh pernikahan.

“Adik bongsu pula terpaksa menunda sedikit pernikahan supaya kakak boleh menyaksikan perkahwinan kami berdua.

“Kakak hanya dapat bersama sehingga esok, selepas itu dia perlu pulang ke Amerika Syarikat kerana anak saudara akan memulakan sesi persekolahan yang baharu,” katanya.

Bermula dengan DM

Mira juga menceritakan bagaimana dia dan Emir bertemu. Menurut pelakon wanita itu, Emir telah menghantar DM (direct message) di Instagram sejak Ramadhan tahun lalu tetapi tidak dibalas kerana Mira menganggap Emir tak lebih seperti peminat lain.

Namun, bila Emir gagal mendapat perhatian Mira, bakal suaminya itu menghantar DM kepada ibu Mira pula.

“Saya tidak tahu apa yang Emir katakan pada emak. Tetapi emak beritahu, beliau kenal Allahyarham bapa Emir dan menceritakan mengenai latar belakang keluarganya kepada saya,” ujarnya.

Mira mengaku sejak setahun dua ini, dia malas memikirkan soal cinta.

“Bagaimanapun, emak meminta saya cuba mengenali Emir dan berjumpa dengannya. Punca saya terbuka hati semuanya disebabkan ibu bapa.

“Jadi, saya membalas DM daripada Emir dan hubungan itu berlanjutan ke aplikasi WhatsApp,” jelasnya.

Beritahu ibu nak kahwin

Setelah Mira sudah rapat dan selesa dengan Emir, selepas pertemuan kelima hingga enam kali, Mira memberitahu ibunya bahawa dia mahu berkahwin dengan Emir.

“Saya selesa dan okay mengatur pertemuan seterusnya. Selepas lima hingga enam kali berjumpa, saya beritahu emak mahu berkahwin dengan Emir, namun, dia masih belum melamar saya .

“Apabila saya beritahu Emir mengenai rancangan untuk melangkah ke fasa seterusnya, dia juga sebenarnya ada hasrat sama.

“Tetapi dia bimbang jika saya anggap terburu-buru. Semua ini tidak akan terjadi tanpa restu emak dan ibu yang memudahkan lagi niat kami berdua,” kata Mira.

Majlis pernikahan Mira Filzah dan Wan Emir akan bersiaran langsung pada malam ini di akaun Youtube TV3 bermula jam 8.30 malam.

Wahh! Tahniah Mira dan Emir!