Dunia hiburan tempatan digemparkan apabila tersebar gambar bogel seorang penyanyi tempatan lelaki yang cukup terkenal di Malaysia.

Diketahui umum sebagai Faizal Tahir atau nama sebenarnya, Ahmad Faizal Mohammad Tahir, telah menjadi perbualan hangat netizen kerana gambar intimnya yang tersebar luas di rata-rata media sosial.

Tak pernah dikeluarkan daripada telefon

Walau bagaimanapun, Faizal berkata melalui mStar bahawa gambar tersebut tidak pernah dibawa keluar daripada telefon bimbitnya dan dia tidak tahu individu yang menyebarkannya. Penyanyi itu juga tidak menafikan mahu pun mengaku bahawa gambar yang tersebar itu adalah dirinya.

Faizal juga sempat berkata kepada sesiapa yang menantikan gambar tersebut, nikmatilah ia.

Cubaan merosakkan rumah tangga?

Jelas penyanyi itu lagi, perbuatan menyebarkan gambar itu mungkin boleh menjadikan cubaan untuk merosakkan rumah tangganya. Dia berasakan tidak perlu untuk menjelaskan perkara tersebut dengan lebih terperinci kepada sesiapa pun, yang penting hanya isteri dan Allah yang tahu. 

Imej dari: Instagram Faizal Tahir

Faizal juga tidak lupa mengatakan bahawa dia akan mendoakan yang baik-baik kepada individu yang menyebarkan gambar tersebut.

Jadi, sama ada gambar itu betul atau tak, terletak pada pendapat masing-masinglah nampaknya. Harapnya netizen semua mengamalkan sikap huznudzon.