Seperti ramai yang tahu, usahawan kosmetik Safiey Ilias pernah mencuri tumpuan orang ramai ekoran beberapa kontoversi yang melanda dirinya.
Dan tak kurang juga rata-rata netizen yang mengetahui bahawa dirinya itu kerap sekali membuat pembedahan kecantikan.
Hobi dan minat
Safiey akhirnya mendedahkan punca utama dia sering melakukan pembedahan estetik di mukanya adalah disebabkan hobi dan faktor minat semata-mata.
Safiey turut menjelaskan bahawa dia tidak berbuat perkara sedemikian kerana ingin mencapai ketenangan serta kepuasan diri seperti yang didakwa sesetengah individu.
Suka berbelanja
Jelasnya lagi, tindakannya mengubah bentuk wajah bukanlah untuk kecantikkan semata-mata tetapi kerana dia suka berbelanja kearah seperti itu.
“Ratu bedah bukan sebab ada masalah, stress, down dan tak ada kena mengena dengan ketenangan ke apa ke. Nak cantik? Ratu buat bukan untuk kecantikan dan bukan kecantikan kepuasan yang ratu cari. Memang hobi ratu suka berbelanja, suka cantikkan diri, suka bedah, suka beli barang lepastu tak pakai, ratu preloved,” tulisnya sebagai kapsyen entri Instagram miliknya.
Jawab persoalan
Penjelasan tersebut dibuat olehnya kerana ingin menjawab persoalan netizen yang bertanyakan sama ada dirinya memperoleh ketenangan jiwa dengan melakukan perkara seperti itu.
Safiey turut meminta orang ramai tidak menyamakan minatnya untuk melakukan pembedahan di wajah dengan minat orang lain di luar sana kerana merasakan hobi setiap orang itu berbeza-beza.
Wahh macam ni pun ada ya, apa-apa pun semoga baik-baik saja buat Safiey ya!