Isu tentang gangguan seksual ini bukanlah satu perkara yang baru namun, ada lagi yang masih kurang arif mengenai isu tersebut.

Pelakon Hafreez Adam telah berkongsikan perkara itu menerusi laman Instagramnya  apabila salah seorang peminatnya bertanyakan tentang gangguan seksual ketika dia melakukan IG Live.  

Rasa kesal

Hafreez telah memberikan beberapa situasi kepada para peminatnya di ruangan IG Stories dan meminta pendapat sama ada situasi tersebut dianggap gangguan seksual atau tidak. Jawapan yang telah diberikan oleh peminatnya itu kemudiannya dikongsikan menerusi hantaran IG miliknya.

Tapi sepertinya antara jawapan yang diberikan itu telah menimbulkan rasa kesal dalam diri Hafreez dengan penerimaan segelintir pihak mengenai isu gangguan seksual yang melibatkan kaum lelaki. Tambahnya, isu seperti ini sering kali dipandang remeh dan tidak diberi perhatian khusus seperti mana yang berlaku pada kaum wanita.

“Itu dikira sexual harrsament juga. Tak kisah kau lelaki/perempuan. Buat dekat perempuan/lelaki. Itu adalah sexual harassment.

“Kalau ikut kata kawan, antara syarat di tempat kerja dorang, nak pegang bahu/tangan tanpa kebenaran pun tak boleh. Apatah lagi anggota sulit (private parts),” tulisnya.

Pernah terjadi

Hafreez turut mendedahkan bahawa dirinya pernah menerima gangguan seksual ketika di set lakonan. Jelasnya, perkara tersebut membuatkan dia rasa tidak selesa dan menyesal kerana tidak bertegas dengan hal itu.

“Benda ni pernah jadi pada Abe dekat set shooting. Ada satu perempuan ni (but abang-abanglah) suka grab my ass and chest. Mula-mula Abe macam terkejut. Abe cakap ‘kepala otak kau’ Then dia gelak.

“Abe tahu dia gurau. Sebab dia cakap dia tak suka lelaki pun. The problem was, it’s my body, dan Abe tak comfortable orang pegang/tepuk dekat situ. Abe pernah cakap,’janganlah. Aku tak suka. But dia buat juga. Sebab pada dia. It was a joke. My fault juga sebab tak bertegas,” tulisnya.

“Ada satu time tu dia buat masa tengah shoot outdoor. Dekat mall. Abe cakap ‘kau kenapa? Kau nak aku grab kau juga ke?’ (which was stupid of me lah). Jangan cakap macam tu okay! I said it out of frustration, obviously.

“Then dia laju cakap, ‘tak boleh. Aku perempuan’, sambil gelak-gelak. Waktu tu baru Abe sedar betapa double standard nya isu ini pada mata abang.

“It’s okay untuk perempuan buat. Apparently, it’s just a joke. Tapi lelaki kalau buat laju sahaja kena bash. And if lelaki cakap isu ini, orang pandang serong,” tulis Hafreez lagi.

Menarik juga perkongsian Hafreez ni, tak ramai yang betul-betul faham konsep gangguan seksual. Harap perkongsian Hafreez ni dapatlah membuka mata dan memberi manfaat kepada orang ramai.