Beberapa hari yang lalu, kecoh apabila usahawan kosmetik Nur Sajat atau Muhammad Sajjad mengakui yang dia telah membuat pembedahan jantina setelah tular satu video dirinya digari.

Nur Sajat atau lebih dikenali sebagai Sajat dikatakan tidak berada dalam keadaan yang okay dan Jabatan Agama Islam Sleangor (JAIS) turut melakukan sisatan atas aduan yang diterima.

Alami Depresi

Sajat mendedahkan yang dirinya kini mengalami depresi atau gangguan perasaan selepas mengaku membuat pembedahan jantina, baru-baru ini. Dia juga dikatakan seakan sedang menghadapi masalah kekeliruan jantina.

“Menunggu masa. Aku ini lelaki yang mempunyai kemaluan wanita. Aku pakai baju sopan di dalam agamaku, buat sedekah dikatakan perbuatan haram. Haram semua yang aku lakukan selama 5 tahun aku dalam dunia perniagaan.

“Amalan kebaikan sia-sia sahaja, sebab Sajat id (MyKad) lelaki!!! Wahai Muhammad Sajjad Kamaruzzaman walaupun kau id lelaki tetapi anggta badan wanita tetapi kau tetap lelaki!!! Lelaki berdasarkan id!! Cara hidup kau semua adalah wanita!!

“Aku dah perempuan, kemaluan aku, tubuhku, cara hidupku semua perempuan. Aku manusia tak sempurna. Aku cacat pemikiran, cacat jiwa, cacat naluri. Aku cuba kawal, cuba berubah, tetapi cacat ini terus kekal!!! Rupanya cacat dalam lagi kuat tamparannya.

“Orang macam aku tetap haram ke?? Apa hukum aku yang menukar jantina untuk bersujud pada Allah?? Aku cacat,” tulisnya di Instagram (IG).

Persoalkan Ibadah

Sajat turut mempersoalkan sama ada ibadah yang dilakukannya selama ini diterima oleh Allah. Tambahnya, dia sudah melakukan segala amal kebajiikan termasuklah dengan bersedekah, wakaf, membayar zakat dan berbagai lagi.

“Aku ada bertanya pada ustaz, aku nak solat, aku tengok bangsa lain macam aku, mereka masih sembahyang pada Tuhan mereka berdasarkan kepercayaan agama masing-masing.

“Adakah solat aku sah? Aku buat kerja sedekah, wakaf, bina pagar masjid, mimba, tempat mandi jenazah, membayar zakat setiap bulan, selalu tak kira agama dan sebagainya adalah cara aku nak tunjuk aku sayang Allah,” tulisnya lagi menerusi psoting IG tersebut.

Ambil Pil Tidur

Menerusi IG Stories miliknya, Sajat mendedahkan bahawa sudah masuk hari keempat dia terpaksa mengambil pil tidur disebabkan menghadapi kesukaran untuknya tidur.

Terdahulu Sajat dikatakan dikasari oleh JAIS dan beberapa hari selepas itu JAIS menerusi kenyataan mereka mengatakan akan melakukan siasatan terhadap Sajat.

Kita doa yang baik-baik sahaja ya buat Sajat. Semoga dia boleh kembali ke jalan yang benar.