Dato Seri Vida (DSV) merupakan seorang usahawan kosmetik yang berjaya dan amat dikenali ramai. Namun pada November lalu, bekas suami beliau Mohd Amin menuntut hak penjagaan anaknya ke atas DSV.

Hadir Ke Mahkamah

Vida atau lebih dikenali sebagai DSV memaklumkan yang beliau telah hadir ke Mahkamah Kota Bahru bersabit perbicaraantuntuan hak penjagaan anaknya.

Beliau juga berharap segala urusannya di permudahkan dan hal itu telah dinyatakan menerusi satu posting menerusi laman Intsagram (IG) miliknya.

“Bismillah Permudahkanlah urusanku Ya Allah.Harini saya akan ke Kota Bahru Kelantan. Saya, Cik B dan Kacak.

“Akan ke Mahkahmah Kota Bahru esok untuk perbicaraan tuntutan hak jagaan mereka berdua. Doakan kami esok, pukul 10 pagi,” tulisnya sebagai kapsyen.

Netizen Mendoakan

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar segala urusan usahawan kosmetik itu dipermudahkan.

“DSV kuat, stand for your right,” tulis seorang warganet.

“Semoga dipermudahkan, aamin,” balas seorang wargamaya.

Keputusan Mahkamah

Menerusi psoting IGTV DSV, beliau mengesahkan yang keputusan mahkamah telah berpihak padanya.

Beliau juga menegaskan yang beliau tidak pernah menghalang anaknya untuk berjumpa dengan bapa kandung mereka.

“Alhamdulillah, keputusan pihak mahkamah telah berpihak pada saya. Saya juga meminta mahkahmah agar mengeluarkan keputusan pada hari ini.

“Saya tidak pernah mengahalang Kacak dan Cik B untuk berjumpa bapa mereka, cuma atas sebab-sebab tertentu mereka tidak boleh bertemu buat masa ini,” katanya dalam video tersebut.

Cik B juga akui yang DSV tidak pernah menghalang dia dan Kacak untuk berjumpa dengan bapanya.

Dia juga berkata yang dia tidak pasti berapa lama masa untuk diambilnya untuk bertemu dengan bapanya.

Dalam pada itu, Kacak juga berkata perkara yang pernah menimpa dirinya suatu ketika dahulu membuatnya masih tidak bersedia untuk bertemu bapanya.

Semoga segala urusan DSV dan anak-anak dipermudahkan!