Zaman sekarang memang boleh dikatakan zaman TikTok, lagi-lagi waktu tengah berkurung sebab perintah kawalan pergerakan (PKP), memang aktiflah rakyat Malaysia di media sosial.

Dan semalam (2 Februari), usahawan kosmetik terkenal Dato Seri Vida (DSV) pun tak ketinggalan membuat video TikTok tapi bukan sebab itu yang mendapat perhatian netizen.

Tiktok dalam bilik air

Menerusi laman Instagramnya, DSV ada memuat naik satu video Tiktok yang sedang menjadi trend sekarang iaitu #imprettyandhelikethat untuk tatapan umum.

“Bagi la chance saya main Tiktok” tulisnya di ruangan kapsyen.

Video aksi bergaya itu dirakamkan di dalam bilik air rumahnya, yang mana telah menjadi tumpuan rata-rata netizen.

Siap berkarpet!

Saiz bilik air rumahnya yang sangat luas seperti sebuah bilik tidur, siap dilengkapi dengan karpet itu kelihatan sangat mewah di samping kebersihannya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji kecantikan dan kemewahan bilik air rumah ibu kepada pelakon dan penyanyi Cik B itu.

Setakat artikel ini ditulis, jumlah tontonan video TikTok DSV itu telah meraih lebih daripada 100 000.

Wow, seronok betul tengok bilik air rumah DSV ni, teringin pulak nak tour rumah DSV.