Sepertinya isu rumah tangga pelakon Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof yang didakwa sedang goyah masih mendapat perhatian netizen.

Harap dapat pertahankan

Menerusi Instagramnya, Puteri Sarah berkongsikan mesej yang diterimanya daripada salah seorang peminat, berharapkan Puteri Sarah dapat mempertahankan rumah tangganya.

“Salam Sarah, saya suka tengok Sarah dan Syamsul dengan anak-anak. Saya harap Sarah dapat pertahankan rumah tangga, dapatkan nasihat daripada orang-orang yang positif.

“Ujian rumah tangga memang besar sebab syaitan pun tak suka bila tengok manusia berkasih sayang dengan halal kerana Allah.

“Maaf, saya tak tahu apa yang berlaku tapi saya yakin Sarah dan Syamsul dapat hadapi segalanya dengan sabar. Stay strong okay,” tulis pengikut tersebut.

Terima kasih atas keprihatinan

Mesej itu dibalas oleh Puteri Sarah, mengakui bila berumah tangga memang banyak syaitan. Pelakon itu juga mengucapkan terima kasih dan menghargai keprihatinnya.

“Memang banyak syaitan! Tapi, terima kasih banyak atas keprihatinan awak. Sarah hargai sangat!,” balas pelakon wanita itu.

Pada Jumaat lalu, Puteri Sarah dilihat memakai jubah dan bertudung hitam memasuki bahagian undang-undang keluarga dan ditemani oleh seorang wanita yang dipercayai adalah ibu mertuanya.

Apabila bertanya tentang perkara tersebut, Puteri Sarah memilih untuk tidak mengulas lebih lanjut mengenainya.

Apa-apa pun, doakan yang terbaik untuk rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul Yusof.