Pasangan selebriti, pelakon Lisa Surihani dan Yusry Abdul Halim merupakan antara pasangan yang boleh dikatakan favourite netizen.
Dan baru-baru ini, Yusry menerusi akaun Instagramnya telah memaklumkan satu berita gembira untuk pengikut dan peminat mereka.
Lambat laun akan tahu juga
Yusry memaklumkan di laman Instagramnya bahawa mereka akan meminang cahaya mata ketiga dan berkata bahawa dia serta keluarga sangat bersyukur dengan anugerah yang dikurniakan Tuhan.
Yusry turut menjelaskan bahawa mereka tiada niat untuk menyembunyikan perkara itu kerana bagi pendapatnya, lambat laun orang akan tahu juga.
“Assalamualaikum. Bismillahi MasyaAllah. Selepas memuat naik gambar sempena ulang tahun perkahwinan bersama isteri, ada beberapa yang berteka-teki sama ada isteri saya mengandung.
“Pada hari ini, ada wartawan meminta pengesahan. Tanpa niat ingin bersembunyi, kami cuma ambil pendekatan dengan fikiran, mungkin kali ini, “tak perlu untuk pengumuman, lambat laun, orang akan tahu juga”.
“Anugerah minhah ini tentunya kami amat bersyukur kepada Allah Azza Wa Jalla, dan ia sudah dikongsikan di kalangan keluarga dan rakan rapat,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Semoga semua yang menanti, menerima berita baik
Dalam hantaran yang sama, Yusry juga menitipkan doa kepada pasangan yang sedang mencuba untuk mendapatkan zuriat.
“Pada masa yang sama, terdetik di hati kami, memahami ada juga yang cuba bertahun lama untuk mendapatkan zuriat.
“Ia bukan sesuatu yang senang yang dilalui, dan kami mendoakan mereka, moga doa mereka dimakbulkan, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk mereka.
“Tambahan pula, dalam keadaan pandemik ini, banyak lagi masalah negara dan keluhan rakyat yang perlu dititikberatkan. Moga Allah SWT melindungi kita semua. Terima kasih kepada mereka yang sudi mendoakan yang baik-baik untuk kami. Stay safe semua,” tulisnya.
Yusry dan Lisa telah mendirikan rumah tangga pada 23 Februari 2012 dan hasil perkahwinan mereka itu telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Yahaira Leanne ,6, dan Yusof Leonne, 4.
Wahh, tahniah Lisa Surihani dan Yusry! Semoga urusan menjalani proses kehamilan Lisa dalam keadaan baik-baik saja!