Telefon hilang?! ‘Pencuri’ sempat selfie lagi!

Siapa sangka pencuri yang mengambil telefon pintarnya bukanlah seorang manusia mahupun toyol?

Pencuri? Bukan. Toyol? Pun bukan.  

Kisah pelik dan lucu ini dikongsikan oleh seorang pengguna telefon pintar di Facebook yang mendapat perhatian ramai setelah disebarkan di Twitter oleh seorang warga Twitter.

 “Assalammualaikum. Alhamdulillah phone saya dah jumpa. Rupanya bukan kena curi dengan pencuri atau toyol ke apa. Ini suspectnya yang masuk ke rumah saya.

“Jumpanya dekat belakang rumah, cari sampai masuk hutan. Saja round belakang rumah sambil call sebab mana lah tau ada binatang apa-apa masuk rumah cuma tak expect monyet sebab memang tak pernah ada!

“Ni ada sikit collection hasil daripada tangkapan monyet tersebut. Semua legit dia ambik,” kongsi pengguna telefon pintar, Zackrydz Rodzi beserta dengan beberapa keping selfie yang diambil oleh monyet tersebut.

Tempered glass dicabut

Berikutan viral kisah tersebut, pemilik telefon pintar itu tampil membalas di tweet itu, menunjukkan keadaan telefonnya kini.

Katanya, telefon pintarnya itu masih elok dan selamat, cuma tempered glass saja dicabut oleh monyet tersebut.

Dia juga berkongsikan rakaman video sewaktu kejadian itu berlaku.

Makin bijak monyet zaman sekarang ek….selfie pun reti.

Share