Walaupun sekolah ditutup gara-gara Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan, ini tidak bermakna guru-guru dan pelajar tidak perlu meneruskan pengajian seperti biasa.

Namun, ada sesetengah pihak yang dengki dengan guru-guru kerana gaji mereka yang tetap berjalan seperti biasa walaupun pelajar-pelajar tidak perlu hadir ke sekolah.

Guru masih menjalankan tanggungjawab mengajar walau sekolah tutup

Guru-guru masih meneruskan tanggungjawab mereka walaupun mereka perlu membiasakan diri dengan pembelajaran secara atas talian yang mana ada yang tidak selesa dengan kaedah seperti itu.

Malah, ada pelajar yang terpaksa tidur lewat untuk menyediakan tugasan kelas yang diberikan oleh guru mereka.

Anggap guru goyang kaki sahaja

Walaupun guru -guru berusahauntuk meneruskan proses pembelajaran kepada pelajar, ada individu yang memberikan komen semasa siaran langsung di Facebook yang menggesa Perdana Menteri untuk mengkaji semula pemberian gaji kepada para guru.

Imej dari: Twitter

Perkara ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pengguna media sosial yang menganggap komen seperti itu tidak rasional dengan keadaan semasa.

Realiti sebenar yang dihadapi seseorang yang bergelar guru itu amatlah besar tanggungjawabnya bagi menjadikan anak-anak murid mereka berjaya. Janganlah dipandang gaji sahaja, tapi ambil kira juga masa yang diluangkan untuk memastikan pembelajaran sekolah tetap diteruskan dalam situasi yang menekan.