Bila artis kesayangan kena bashed, memang peminat akan backup la kan. Lagi-lagi kalau ada yang bash kumpulan K-pop popular, BTS, siap sedialah hadap serangan daripada peminat mereka, yang dikenali sebagai ARMY.

Itulah yang terjadi kepada Tiz Zaqyah, pelakon tanah air apabila dia membalas tweet seorang pengguna Twitter berkaitan lagu terbaru BTS, Dynamite.

Lirik macam budak darjah tiga?

Pengguna Twitter itu membuat sebuah tweet yang mengundang serangan daripada ARMY apabila dia mengatakan bahawa lirik lagu Dynamite itu seperti budak darjah tiga.

Tiz Zaqyah kemudiannya membalas tweet tersebut yang sepertinya setuju dengan kenyataan itu, mengatakan lagu itu memang untuk budak-budak.

ARMY menyerang

Bila dah bagi statement macam tu, memang cepatlah kena serang dengan ARMY. Ada juga yang siap tag penulis lirik lagu Dynamite, David Stewart dan tanpa disangka, penulis lirik lagu itu juga membalas.

“Beritahu itu kepada 200 juta orang yang menontonnya,” tulis David.

Namun, Tiz Zaqyah tidak berdiam diri dan memperjelaskan bahawa lagu itu memang dibuat rancak dan mudah diingati untuk kanak-kanak.

Tapi nampaknya Tiz masih kena serang bila dia mengatakan bahawa ARMY tak ada chill dan tak melambangkan artis mereka langsung.

Haa, kan dah kena. Apa pun, bertabahlah Tiz hadap serangan ARMY.