Anda mungkin pernah baca tentang channel YouTube Bros Gang TV yang tular di antara kalangan masyarakat Malaysia apabila menyiarkan kononnya satu social experiment iaitu the gold digger test.

Tujuan social experiment gold digger test ini sebenarnya untuk menguji kalau perempuan itu “mata duitan” ataupun tidak. Zaman sekarang lelaki dah cuba pelbagai cara untuk “get the girl´ bak kata orang putih, tapi betul ke kekayaan seorang lelaki itu satu kriteria penting untuk wanita dalam mencari teman?

“Social Experiment Gold Digger Test”

Tahukan anda, channel Bros Gang TV dah menyiarkan 9 episod social experiment ni, episode pertama dalam siri Gold Digger Test ini disiarkan pada tahun lepas dan episod terkini baru dimuat naik ke YouTube dua hari lepas.

Selalunya proses dia sama setiap episod, mereka lakukan persiapan seperti menyediakan kamera dan mikrofon tersembunyi untuk merakam segala kejadian dan terus mengejar orang yang jadi sasaran untuk video itu.

Walaupun ramai yang minat dan tepuk tangan kepada kualiti dan konten yang dikeluarkan oleh kumpulan YouTuber ni, ada juga yang mempersoalkan. Perkara biasalah jika dalam bisnes YouTube, video ni realiti ataupun sahaja lakonan, bahkan adaYouTuber membuat video pasal topik tersebut.

Lakonan atau tidak, selama setahun mengeluarkan konten konsisten, channel Bros Gang TV berjaya mengumpul pengikut tegar, dan akibat konten video terkini mereka yang dashyat, kemungkinan besar pengikut kumpulan YouTuber Malaysia ini akan terus berkembang.

Makeover golongan gelandangan

Jauh dah konten video terkini daripada konten video pertama dalam siri Experiment Gold Digger ini, dulu kumpulan ini semata mata nak menguji kalau teman wanita sendiri seorang mata duitan, sekarang Bros Gang TV ni dah macam detektif khas siasat kalau teman kekasih curang ataupun tidak.

Namun, Bros Gang TV ni ada jugak buat konten yang lain macam makeover golongan gelandangan dengan memberi penampilan baru dan bagi makanan yang mereka teringin.

Video ni juga mendapat reaksi positif daripada netizen. Mungkin Bros Gang TV patut menukar arah konten mereka? Apa pendapat korang?