Sekali lagi, rakyat Malaysia akan berada dibawah PKP secara menyeluruh, dan seperti biasa, satu soalan yang berada di minda setiap rakyat Malaysia adalah kehidupan rakyat yang berniaga kecil-kecilan dan juga golongan B40 ini.
Tambah pula, katanya PKP menyeluruh ni akan sama macam PKP 1.0 tahun lepas, jadi boleh bayangkan lah betapa bertambah susahnya sebahagian besar rakyat nak meneruskan kehidupan mereka untuk hari-hari akan datang.
Harap akan PEMERKASA?
Untuk mengatasi masalah tersebut, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan satu pakej ekonomi yang digelar Program Strategik untuk Memperkasakan Rakyat dan Ekonomi atau singkatannya PEMERKASA, yang berjumlah RM40 billion, yang mana adalah harapan ramai rakyat untuk menampung diri sepanjang tempoh sukar ini
Namun, bukan semua yang optimistik terhadap pelan tersebut. Terdapat beberapa pengguna laman web Reddit yang juga dikenali sebagai Redditor, telah mengkritik PEMERKASA dan SOP PKP yang ditetapkan kerajaan, dan cara mereka mengkritik adalah dengan menggunakan memes.
Meluahkan perasaan melalui memes
Satu meme yang dipaparkan dibawah menerangkan dengan sempurna perasaan beberapa redditor Malaysia terhadap PKP baru baru ini.
Hantaran tersebut dimuat naik oleh pengguna Reddit u/stormy001 dengan kapsyen “What I think about the latest announcement by TSMY” di r/Malaysia dan kini berjaya mendapat sebanyak 219 upvotes.
Di dalam meme tersebut, ia boleh dilihat bahawa PKP yang dilaksanakan baru baru ini banyak memberi faedah kepada penjawat awam manakala pekerja swasta dibiarkan “lemas”. Lagi teruk, PKP ini tidak memberi sebarang faedah untuk rakyat seperti MakCik Kiah (aka orang Malaysia yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang) langsung, dan sebaliknya akan “membunuh” mereka.
Gelak ketawa di ruang komen
Hantaran tersebut telah mengundang beberapa komen menarik, yang mana secara tidak langsung ada yang memberi komen sarkastik.
Ada diantara mereka yang mengambil kesempatan untuk meluahkan kemarahan mereka terhadap pelaksanaan PKP menyeluruh ini.
Tetapi ada juga yang mengambil kesempatan untuk membuat lawak seperti “grammer nazi” yang dipapar di atas.
Sampai boleh berlakunya satu debat pasal pisang goreng!
Perasaan ketidakpuasaan lama dipendam
Walaubagaimanapun, meme tersebut tidak berdasarkan PKP terkini sahaja tetapi juga PKP-PKP sebelum ini, dimana rakyat seperti Makcik Kiah susah untuk mencari pendapatan seharian dan walaupun menerima pelbagai pertolongan dana daripada kerajaan, jelasnya ia tidak mecukupi.
PKP menyeluruh baru mula hari ni dan ramai Redditor sudah membuat memes tentang pelaksanaan PKP. Banyak rasanya nak komplen tapi apa boleh buat, demi kehidupan normal, tabahkanlah diri masing-masing.