Persahabatan rapat diantara Shukri Yahya dan Sharnaaz Ahmad sangat diketahui oleh peminat masing masing.

Malah, setiap sesi siaran langsung Instagram diantara dua sahabat ini sering menarik perhatian netizen oleh kerana gelagat mereka ketika sesi tersebut.

Namun, kini terdapat third party yang telah memasuki persahabatan tersebut, bukan untuk leraikan persahabatan tetapi tetapi digosipkan bahawa dia ini sedang bercinta dengan Sharnaaz.

 Shukri cerita sikit

Pelakon filem Jebat (2020) itu digosipkan sedang bercinta secara diam-diam dengan aktres dan penyanyi Azira Shafinaz.

Melalui satu temu bual dengan Mstar, Shukri menjelaskan serba sedikit apa yang dia tahu mengenai hubungan diantara Sharnaaz dengan Azira.

“Memang saya dengan Sharnaaz selalu juga buat IG Live bersama. Kalau dia tengah IG Live, saya akan join sekali…sebab saya suka nak kacau dia.

“Kami memang rapat juga tapi sejauh mana hubungan Sharnaaz dengan Azira, itu saya tak pasti sangat. Tapi saya rasa mereka masih berkawan.

“Mungkin masih di fasa mengenali satu sama lain…belum ada lagi kata putus yang mengatakan mereka ini pasangan kekasih”, kata Shukri.

Dah syak dah

Sebenarnya, hubungan antara Sharnaaz dan Azira dah lama menjadi perbualan para netizen setelah Sharnaaz berkongsi foto mereka berdua di Insta Story pada bulan April.

Kemesraan yang dipamerkan oleh dua selebriti tersebut, membuatkan netizen berspekulasi bahawa mereka ini ada hubungan yang lebih daripada sekadar kawan.

Namun, memandangkan kedua-dua pihak masih lagi membisu tentang perkara ini, harapnya tak adalah netizen yang terlebih sudu daripada kuah yaa, setakat komen gurau-gurau tu bolehlah tapi still, kena berpada-pada juga.