Usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri sering kali dilanda kontroversi yang boleh mengundang kecaman netizen terhadap beliau.

Namun, baru-baru ini, beliau kembali menjadi tumpuan netizen kerana sebuah posting di laman sosial miliknya.

Menangis Tak Dapat Shopping?

Aliff meluahkan rasa sedih selepas tidak dapat melakukan aktiviti melancong dan membeli-belah disebabkan pandemik COVID-19.

Menurut Gempak, Aliff berasa terseksa sehingga menitiskan air matanya dan beliau  memohon agar koronavirus ini jauh daripada dirinya.

“Tolonglah pergi jauh-jauh, tolong. Kenapa kau nak datang dekat-dekat dengan aku. Kenapa kau datang dekat sini. Aku merayu dekat kau, tolong la, jauh-jauh.

“Sebab kau, aku terseksa. Sebab kau aku menangis. Sebab kau aku tak boleh jalan-jalan, tak boleh shopping, tak boleh nak ke luar negara. Tak boleh nak meeting,” katanya menerusi sebuah rakaman video di Facebook.

Pergi Selamanya

Dalam pada itu, beliau turut berharap agar virus merbahaya ini pergi selamanya supaya kehidupan dpat kembali seperti biasa.

“Tolong korona (coronavirus), tolong jauh, tolong pergi! Muncul, datang lagi kenapa?

“Dulu dah baik-baik kau berambus, sekarang kau datang lagi. Tolonglah korona, kita nak bahagia, nak hidup seperti sedia kala, nak happy.

“Kalau kau tak nak pergi, aku halau kau, aku terajang kau, aku sepak kau,” katanya lagi.

Mengundang Kecaman

Tindakan Aliff telah mengundang kecaman netizen kerana lebih mementingkan diri daripada nasib segelintir orang yang berada dalam kesusahan sekarang.

Rata-rata netizen juga tidak bersetuju dengan tindakan beliau yang menangis kerana ingin COVID-19 cepat berakhir supaya beliau boleh melancong dan bercuti.

imej dari: Gempak

Haihh macam-macam hall ah Datuk ni. Buat netizen semua,di era pademik ni pastikan mematuhi SOP untuk kebaikan kita bersama ya! #kitajagakita