Setelah berhari – hari mempertahankan kenyataan pedasnya terhadap golongan yang mengharapkan bantuan menerusi inisiatif bendera putih, Datuk Seri Vida akhirnya mengakui ia adalah salah satu strategi untuk membuka mata masyarakat.
Beri kesedaran
Usahawan kosmetik Vida atau Datuk Seri Hasmiza Othman, 50 berkata dia terpaksa menggunakan kata – kata yang agak kasar demi memberi kesedaran kepada orang ramai supaya mula mencari jalan keluar daripada masalah ekonomi.
Tegas Vida, sebagai seorang ibu dia juga memahami kepayahan yang dihadapi orang ramai ketika pandemik Covid-19 masih berlarutan.
Tiada niat
Menurut DSV, permohonan maaf yang dibuat secara live di akaun Instagramnya untuk menjernihkan keadaan yang sudah semakin keruh dan menjelaskan kesusutan yang berlaku atas penyebaran video yang dibuat dia di akaun rasmi TikToknya.
“Dengan apa penerangan saya, diharap jika terkasar bahasa, terkeliru atau terasa dengan apa yang saya cakap, saya minta maaf banyak-banyak. Saya tidak bermaksud sekali pun untuk menyakitkan hati you all. Saya minta maaf ya. Tolong sampaikan kepada mereka yang terasa. Saya tak bermaksud untuk bak bagi you all terasa, sakit hati, berbalah sesama you all,” katanya menerusi live tersebut.
Dalam pada masa yang sama, DSV tegas mengatakan bahawa dia tidak mempunyai sebarang niat untuk merendahkan golongan susah, sebaliknya dia hanya mahu agar orang ramai terus berusaha untuk menjana pendapatan ketika musim pandemik ini.
Vida juga turut melakukan inisiatif dengan memulakan kempen peraduan #usahajanganmalas dan meminta pengikutnya di media sosial menghantar video kreatif menggunakan hashtag berkenaan.
Pemenang bakal menerima hadiah berupa wang tunai yang akan diumumkan pada 17 Julai depan. Menerusi video sama, Vida turut berhasrat melakukan infaq berbentuk senaskhah al-quran kepada mana-mana individu yang membeli set wangian keluarannya.