Nama usahawan kosmetik terkenal di Malaysia ni memang tak pernah tak kena hentam d dengan netizen. Siapa lagi kalau bukan Abang Terlajak Laris, Dato’ Aliff Syukri Kamarzaman.
Isu yang membawa kekecaman netizen kali ini adalah kerana Aliff Syukri bakal merakamkan lagu duet dengan Lucinta Luna buat kali kedua selepas lagu ‘Bobo Di Mana’.
Cowok Baru
Aliff Syukri telah berkongsi satu video di laman Instagramnya yang menunjukkan bahawa dia bersama Lucinta Luna berada dalam studio rakaman untuk merakam lagu baru mereka yang bertajuk ‘Cowok Baru’.
Aliff juga memberitahu orang ramai bahawa dia juga sedang menjalani proses latihan vokal bersama Lucinta Luna.
Menerima kecaman netizen
Bila Aliff Syukri buat hal, netizen apa lagi, terus serbu bahagian komen Aliff Syukri yang kebanyakannya mengecam tindakan usahawan kosmetik itu.
Rata-rata netizen berasakan seolah-olah Aliff Syukri mempromosikan golongan transgender kerana sekali lagi bekerjasama dengan Lucinta.
Ada juga segolongan netizen yang mengatakan suara kedua-dua mereka lebih kurang sama sebab dua-duanya adalah lelaki.
Sudahlah sebelum ni pun dapat kecaman hebat daripada netizen dan juga tokoh agama negara sebab lagu ‘Bobo Di Mana’, dia buat hal lagi kali ini.
Kira Aliff Syukri boleh tahan hati kering juga sebab walaupun berbakul-bakul kecaman dia terima, dia masih lagi tidak putus asa dan terus melakukan apa sahaja perkara yang dia suka.