Disebalik kesibukan beliau sebagai ahli politik, Syed Saddiq masih sempat lagi untuk berkongsikan aktiviti hariannya di laman sosial Instagramnya (IG).

Namun, baru-baru ini, perkongsian baru ahli Parlimen Muar itu telah mendapat perhatian netizen.

Dicakar Kucing

Biarpun hanya berkongsi foto selepas beriadah pada waktu pagi tetapi tetap mendapat perhatian rata-rata netizen apabila kesan cakaran pada muka beliau jelas kelihatan.

Dalam foto tersebut, bahagian pipi belah kanan kelihatan bergores panjang hingga ke paras dagunya. Difahamkan beliau telah dicakar oleh kucing miliknya sendiri.

Reaksi Netizen

Melihat cakaran tersebut, rata-rata netizen meninggalkan komen di entrinya, bertanyakan tentang cakaran yang dimiliki itu.

Namun, masing-masing meneka bahawa cakaran tersebut ditinggalkan oleh kucing peliharaannya, Toby.  

Aduhai kesian YB, abis muka berparut. Semoga cepat sembuh YB!