Program realiti menyanyi Big Stage 2020 baru sahaja bermula malam semalam (16 Ogos) tetapi dah pun mendapat respon negatif daripada orang ramai.

Namun, kecaman tersebut bukanlah kepada peserta-peserta program itu tetapi kepada salah seorang juri yang bagi netizen, tak layak jadi juri sejak kejadian semalam.

“Sumbang all the way

Komen daripada salah seorang juri tetap, Ajai kepada Hafiz Zainal, peserta Big Stage 2020 mendapat perhatian ramai apabila rata-rata netizen merasakan komen yang diberi Ajai agak keterlaluan dan tak patut.

“Awak nyanyi saya tak perlu bagi apa-apa points, I’m sorry for that. Because from the start till the end, you are out of tune. Awak salah rumah. Macam mana saya nak cakap, awak sumbang all the way.

“Saya nak tanya secara peribadi, awak tahu tak awak sumbang? Next time, kalau awak perasan, awak kena alert. Make sure, kalau tahu dah sumbang, jangan continue dengan key tu. Biar awak diam pun tak apa sampai dapat the right key. Lagi nampak awak cantik atau pun awak pengsan pun lagi best,” kritik Ajai yang hanya memberikan dua markah daripada 100 markah kepada nyanyian Hafiz.

“Remove Ajai As Jury”

Berikutan dengan kejadian itu, ‘remove Ajai as jury’ menjadi trending di Twitter kerana rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan komen keterlaluan Ajai itu.

Sehinggakan mereka membuat petisyen untuk mengeluarkan Ajai daripada menjadi juri tetap program tersebut.

Selain Ajai, dua juri tetap yang lain, Dayang Nurfaizah dan Faizal Tahir, memberikan 54 markah dan 78 markah kepada Hafiz yang meletakannya di kedudukan ketiga ke bawah.

Namun, Hafiz terselamat kerana tiada penyingkiran pada minggu pertama.

Alahai awal lagi, baru first week, bagilah chance dorang panaskan enjin dulu.