Setiap manusia membuat kesilapan dan Islam juga mengajar umatnya untuk memaafkan orang lain.

Berikutan insiden viral video anak Nora Ariffin, penyanyi tersebut mengatakan telah pun memaafkan semua orang.

Menghukum anak mengikut hukum agama

Menerusi laman Instagramnya, Nora mengatakan bahawa dia sudah pun mendengar semua pengakuan dan memaafkan semua orang.

 “Assalamualaikum. Saya sudah mendengar semua pengakuan. Saya juga sudah memaafkan semua orang,” tulisnya.

Tambahnya, dia juga sudah menghukum anaknya, Putri Nor Dahlia mengikut hukum agama.

“Biarlah dia bertaubat dan meminta ampun kepada Allah. Buat masa ni, saya hanya berserah pada Allah. Moga menjadi pengajaran dan iktibar buat semua. In Shaa Allah,” ujarnya.

Sudah berjumpa, tarik balik niat nak saman

Selepas tularnya video tersebut, keluarga Nora telah pun bertemu dengan keluarga remaja lelaki, berdasarkan Tweet yang telah dipost oleh anak lelaki sulung Nora, Mohd Syakir Iman Johan.

Menurut Syakir, keluarganya memutuskan unuk tidak membawa perkara ini ke mahkamah dan memberi peluang kedua untuk masa depan remaja lelaki, Zuher dan adik perempuannya.

Jelasnya, keluarga Zuher juga sangat kesal dengan kejadian ini.

“Mereka menyesali perbuatan anak mereka. Sebagai umat Islam, kami ingin beri peluang buat mereka untuk perbaiki keadaan ini.  Ibu Zuher sangat kesal dgn kejadian yang menimpa ‘Anak Nora’ ini.

“Kami menghormati permintaan ibunda Zuher untuk diberikan peluang agar perkara ini tidak dinaikkan ke muka pengadilan mahkamah, demi masa depan Zuher dan adik saya, Anak Nora atau Putri Dahlia. Moga insiden ini menjadi pengajaran buat kita semua,” tulisnya.

Pandai buat, pandai tanggung

Syakir turut mengatakan bahawa Zuher juga diberi peluang untuk membersihkan nama baik ‘Anak Nora’ dan keluarganya.

“Zuher juga diberi peluang untuk membersihkan nama baik ‘Anak Nora’ dan keluarga kami. Pandai buat, pandai tanggung.

“Kami berharap kita semua mengambil tauladan daripada isu ini, dan marilah kita bermaaf-maafan dan teruskan hidup kita semua,” jelasnya.

Ibu, Zuher memohon maaf, minta berhenti tular video

Dalam pada waktu itu, Zuher dan ibunya masing-masing memohon maaf secara terbuka menerusi sebuah video.

Zuher mengatakan bahawa dia bertanggaungjawab dalam penularan video yang memalukan itu dan menyesali perbuatannya.

Ibu Zuher yang dikenali sebagai Maya, meminta netizen untuk berhenti menghukum keluarganya dan memahami situasi Zuher.

Kata Maya, sebagai seorang ibu, dia telah memberikan didikan, tunjuk ajar dan kasih sayang yang cukup, tidak kurang juga ilmu agama dan memenuhi keperluaannya sebagai seorang anak.

“Tapi sebagai seorang manusia kita tak lari daripada melakukan kesilapan. Dia naif, pelajar lagi, dia remaja yang lupa apa yang dia buat itu memberikan impak dan kesan yang sebesar ini.

“Di sini saya nak mohon maaf atas kesilapan anak saya. Saya nak mohon maaf kepada keluarga belah perempuan yang sama-sama malu atas perbuatan ini,” ujar Maya.

Zuher dan Maya juga memohon agar netizen untuk tidak lagi menyebarkan video tersebut dan menjaga aib kedua-dua keluarga.

Maya juga berharap agar kejadian ini dapat dijadikan pengajaran dan iktibar kepada para ibu di luar sana supaya memberi lebih perhatian kepada anak mereka.

Diharapkan netizen-netizen dapat menghormati keputusan kedua-dua keluarga dan doakan yang terbaik untuk mereka.