Sebelum ini, Fasha Sandha kelihatan manis bertudung sejak Ramadhan yang lalu dan sering berkongsikan foto-foto dia memakai hijab di laman Instagramnya.
Namun perkongsian terbaru suaminya yang juga seorang pelakon, Aidil Aziz menimbulkan pertanyaan netizen.
Sejak krisis air Selangor
Menerusi laman Instagram Aidil, dia mula memuat naik gambar bersama Fasha yang dilihat tidak bertudung sejak Selangor dilanda krisis air iaitu dua minggu yang lalu.
Semalam, Aidil telah memuat naik gambar mereka sekeluarga bercuti di Pulau Pinang dan Fasha sekali lagi kelihatan tidak berhijab.
Dah tak pakai tudung?
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen seperti kecewa dan mempersoalkan adakah Fasha sudah tidak bertudung lagi.
Tetapi persoalan netizen tidak dijawab Aidil sehingga sekarang.
Apa-apa pun, doa yang baik-baik je gais. Semoga Fasha kekal beristiqamah.